RSS

Kerja Ummat Nabi SAW..

09 Feb

untuk ubah keadaan dunia tak perlu ramai orang… 1 orang dah cukup..

nabi dlu pun 1 orang ja.. bila nabi terima wahyu baginda menggigil..balik rumah,khadijah R.Aha lihat wajah nabi yang mulia dalam keadaan pucat.. badan yang letih..kemudia khadijah selimutkan nabi S.A.W .. turun lagi jibril sampaikan wahyu.. “ya aiyuhal mudatsir! ” wahai orang yang berselimut.. “qum fa an zir” bangun dan berilah peringatan..

kemudian nabi bg tahu khadijah;”wahai isteriku lipatlah alas tidurku ini

“la rauhata ba’dal yaum”selepas hari ini tiada rehat lagi bagi ku”

hari ini semua orang islam mahu agama maju,tapi masih lagi duduk atas sofa pasang aircond peluk anak bini sambil tengok forum ehwal islam..tengok oasis..konon nak menghidupkan keluarga harmoni dalam islam.. berilmu ,beriman ,beramal..apa ni semua.. nak agama maju macam ni? ulang lagi.. macam ni agama akan maju?

tuan-tuan.. agama di bina atas mujahadah..(kesusahan),nabi sudah dahulukan darah ,peluh dan air mata untuk beli hidayat yang ada pada kita skarang ni..

berapa ramai anak-anak para sahabah R.Hum dah di yatimkan.. berapa ramai wanita-wanita telah jadi janda.. ratusan nyawa telah syahid untuk sampaikan hidayat pada kita hari ini.?

tapi dengan mudah kita kata

“syukurlah aku islam..

syukurlah selamat kembali ketanah air,mudah-mudahan haji malboro..

syukurlah puasa tahun ni aku penuh

syukurlah negarku islam

syukurlah parti islam menang..”

sedangkan depan mata kita hari2 manusia mati tanpa iman,bukan saja orang bukan islam,.. tetapi orang islam pun mati tanpa iman..

nabi bagi tau sesekali..(tak mungkin) iman akan bercampur dengan kekufuran..

orang mabuk arak..pada ketika itu iman yang ada pada dia akan tercabut sehingga dia hilang mabuk.. orang berzina..ketika dia berzina tu iman tercabut selagi tak bertaubat.. iman takkan masuk balik ..hari ini berapa ramai orang islam minum arak,mabuk ..bawa kereta ..excident.. mati? adakah dia mati tanpa iman? begitu jugak penzina.. bukan itu sahaja.. dosa yang besar meninggalkan solah..berapa ramai orang islam mati tanpa solat?.. ya Allah,..

semua ini berlaku depan mata,..bukan tersembunyi,..

dosa yang dilakukan secara sembunyi maka balanya nya akan datang kepada orang yang melakukannya sahaja.. tapi..dosa yang di lakukan secara open..live..semua orang nampak..bala akan datang sacara pekej kepada semua yang tahu dan nampak maksiat itu..

tuan-tuan hari ini kita lihat.. wanita bukak aurat belakang kita ka depan kita? orang islam tak solat bersepah mana-mana.. so..kalau bala turun adakah kita yang nampak ni akan selamat? no..no..no…

kita pun akan sekali harung kena bala jugak beb..tak kira imam lebai tok siak.. pun pekej .. sebab apa? kita tak tegah maksiat ni dengan cara hikmah.. kita tak pimpin tangan -tangan yang berdosa ni kepada tangan yang memberi keampunan.. yang kita tahu.. HUKUM!!!..akta itu.akta ni..kanun tu..kanun syariah ni..palang 24 desh 21..dalam kurungan ini perenggan ke ini hukum tangkap basah.. ini..ini..ini.. hukum minum arak..ini..ini..ini..hukum tak posa.. ini..ini…ini..

kita anggap gantung poster si anu..inilah perjuangan..pangkah si pulan..inilah perjuangan..bila kita sudah di atas kita akan benteras yang di bawah.. konooonn…mahu duduk di atas tak mahu daki tangga dari bawah..boleh sampaika?nabi bina ummat ini dari bawah laa.. dari o.o.. adakah nabi suruh “wahai orang mekah.. 12 muharam nnti..kita ramai ramai bawa poster pangkah aku..’bila kita boleh kalahkan parti abu jahal kita boleh perintah mekah..kita buang semua berhala..”..adaka nabi buat cam ni?..pikir-pikirkan lah

fatimah bg tau ..matahari blum keluar..nabi dah keluar dari rumah dengan baju yang putih bersih..matahari dah terbenam..nabi tak masuk rumah lagi.. malam dah larut..baru nabi pulang.. dengan pakaian yang penuh debu..

seorang sahabat bg tau..semasa aku belum islam.. aku juga pergi haji,..(orang jahiliah dulu pun ada musim haji jugak..tapi hanya adat ja)aku lihat seorang lelaki pergi dari kemah ke kemah di arafah.. dia masuk satu kemah.. tak berapa lama dia terpelanting keluar.. dia pergi lagi di khemah yang lain.. ditendang keluar..begitulah sepanjang malam.. setelah aku datang kembali untuk memeluk islam baru lah aku tahu orang itu adalah baginda nabi S.A.W.

pernah ka kita jumpa ummat ni secara hati ke hati,slowtalk ngan ummat ni.. dengan kasih sayang..pujuk rayu,beritahu kelebihan amal agama ni..?

yang kita tau mahu kerajaan islam..parti islam..persatuan islam..bank islam..seni islam..muzik islam..radio islam.. universiti islam..forum islam..islam..islam..last sekali semua islam..tapi orang tak islam..

nabi buat usaha supaya orang jadi islam..hari ini orang islam dengan bukan islam sebijik sama luar dalam,zahir batin..

orang kafir pakai jeans..orang islam pun pakai jeans..

orang kafir kaya..orang islam pun kaya..

orang kafir simpan duit bank islam.. orang islam pun simpan duit bank islam

orang kafir beniaga time azan.. arang islam pun time azan terus beniaga jugak

orang kafir punya paham dengan duit kita berjaya.. orang islam punya kepahaman pun kalau ada duit kita berjaya..

apa nak jadi ni..?

kita kena kembali kepada usaha orang islam yang asal ;

imam malik RAH.bg tau”umat ini hanya boleh di islah (diperbaiki) dengan cara ummat di awal agama ini di perbaiki”

so sekarang kita dah jauh dari kerja asal kita..

tak da cara lain melainkan dengan kita kembali buat kerja yang diwariskan kepada kita..

tuan -tuan..untuk ubah dunia ni tak perlu ramai.. 1 orang dah cukup..

tapi,.. 1 orang yang macamana?.. orang yang sanggup bagi seluruh hidup atas apa yang dia buat..

sanggup hilang harta untuk agama.. snggup hilang segala-galanya untuk agama..

sanggup hilang martabat dunia kerana agama..

“aku sanggup tak makan sampai aku mati, tapi aku tak sanggup mati tanpa aku buat kerja nabi ini”

sekarang ni kita kena buat keputusan..agama maksud hidup..dalam bahasa urdhu” nabi kei kam hamara kam hei”.kerja nabi kerja saya.. kita kena jadikan siang kita seperti siang nabi.. malam kita sperti malam nabi..kerisauan kita seperti kerisauan nabi..maksud kita (matlamat)seperti maksud nabi.. INSYAALLAH!!!!


 
Leave a comment

Posted by on February 9, 2012 in Kerja Ummat Nabi SAW

 

Leave a comment